Nekad! Tekad!
Mulai hari ini aku terpaksa ubah cara hidup aku. Aku terpaksa set mind aku. Aku nak berhenti merokok. Walaupun dah 2 3 kali aku cuba. Kali ni aku tekad. Nak nak si Iezah boleh cabar kalau aku stop smoking dia nak belikan aku 7D. Siapa tak nak 7D free. Lagipun tak elok untuk kesihatan baby kat dalam perut Iezah tu. Nekad! Ok, aku nak pergi beli gula gula hacks hitam plastik besar, chewing gum satu kotak dekat pasar borong selangor sekarang. Gud luck untuk diri aku. Doakan aku!
nota kaki : ada sesiapa yang pernah cuba e-book jomberhentimerokok ni? meh pass kat aku.
19 commentsNever Stop Exploring
Bila ada masa terluang ni, aku cuba cari sesuatu yang baru. Supaya orang tak nampak aku sama macam dulu. Hidup ni kalau kita sendiri tak ubah tak akan kemana. Walaupun semuanya dah ditetapkan, tapi ianya boleh berubah dengan izinNya. Kita tak boleh berhenti explore benda baru. Baru kita maju.
2 commentsSemangat Juang
“Semangat juang kami tinggi. Walaupun ketinggalan 1 – 3, kami bangkit semula dan keputusan menjadi 3 sama. Bukan nak cakap besar. Tapi kenyataan.. ” kata Sir Alex Ferguson – Melayau
nota kaki : MU 3 – CSKA Moscow 3
4 commentsDemam Kura Kura
nota kaki : Dan akibatnya aku demam sampailah ke hari ni
5 commentsRECENT WORK : Private Party Badger Malaysia With Tonawarna, Yuna and Mocca
Thanx to Badger Malaysia, terutama Bob dan Fariqh kerana menjemput aku dan Iezah untuk hadir di Private Party mereka. Thanx juga buat semua kenalan kenalan yang ada semalam. Jumpa 31st October ni..InsyaAllah..
Mukhriz Latif aka m0qh
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : +60172570511
Email :mukhrizlatif@gmail.com
Official Website :http://www.mukhrizlatif.net
Gallery :http://www.flickr.com/photos/mukhrizlatif
YM : warghhhhhhh
7 commentsPOTRAITURE : Sheyfa & Adik
Baru ada kesempatan nak upload entry ni. Agak sibuk sangat lately ni. Kalau ada yang perasan..2 3 keping aku dah up dulu dekat Facebook. Yelahkan..facebook cepat dan senang. Nak nak zaman sekarang ni..tak payah handphone pun tak pa. Janji ada internet. Lagi senang nak berhubung ke sana kemari. Actually, potraiture ni adalah hadiah daripada aku kepada Sheyfa dan Adik kerana hired aku dan Udey Ismail di CS daripada majlis bertunang sampailah ke majlis bertandang. Terima kasih kerana percayakan kami untuk shoot big day korang.
Bagi sesiapa yang ada Facebook..sila klik SINI untuk lihat sedikit clip video hasil garapan Rosli, Yazied dan juga Yanti dari CST serta saya dan Udey Ismail.
Enjoy ye semuanya!
Mukhriz Latif aka m0qh
Senior Photographer
Candidsyndrome
Colours of Asia Sdn Bhd
Tel : +60172570511
Email :mukhrizlatif@gmail.com
Official Website :http://www.mukhrizlatif.net
Gallery :http://www.flickr.com/photos/mukhrizlatif
LOMOGRAPHY : Horizon Perfekt, KAED FEST 2009, UIA







horizon perfekt, expired kodak ebx slide film
nota kaki : sakit mata? sila klik pangkah di penjuru kanan atau kiri computer anda
6 commentsYa, MU Kalah!
naga sms aku
“Bolton menang semalam. MU menang juga ke? Hak hak hak”
aku reply
“MU ada game ke semalam?”
setel
nota kaki : bola tu kan bulat?
8 commentsMengidam
Iezah mengidam lagi. Kali ni dia nak buah rambutan pulak. Nasib baik buah rambutan jek..kalau dia mintak buah rambutan kaler biru..tak ke naya aku. Kira aku bernasib baik la. Sebelum nih dia mintak buah pulasan. Lepas beli sekilo..dia makan sebiji jek. Lepas tu durian..nasib baik tengah musim, selamat aku. Itupun risau sebab masa tu baru 2 bulan dia mengandung. Aku bagi makan 2 3 ulas jek. Takut jadi lain pulak. Bila dah masuk 3 bulan lebih aku bagi rasa lagi sekali. Selang seminggu dia mintak mee segera asam laksa jenama maggi. Yang lain dia tak nak. Mee Sedap ke, cintan ke..tah apa lagi tah..semua dia tak nak. “orang nak maggi jugak!” kata dia. Ingatkan senang. Sekali 4 kedai jugak kat equine ni aku mencari. Baru baru ni dia nak ciku..nasib baik dia jumpa sendiri. Selamat lagi aku. Minggu lepas nak laksa johor pulak. Yang nih tak dapat lagi. Haritu masa balik johor tak pulak dia mintak. Kalau tak..aku suruh mak aku masak jek. So sekarang kira laksa johor dengan buah rambutan jek tak dapat lagi. Haih..nasib baik zaman sekarang dah maju. Ada internet yang sangat sangat membantu. Ada pulak laman sosial macam FB. Letak jek kat status..berdesup desup orang tolong. Terima kasih lah ye semua yang membantu. Tunggu lah lepas nih dia mintak apa pulak.
TAPI..kenapa orang mengandung mesti nak benda benda yang bukan bukan? yang susah nak cari? yang bukan musim? Kenapa ek?
nota kaki : kalau aku mengidam..macam mana pulak tu?
14 comments
















